HMT223 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kuliah HMT223 sesi 2018/2019 pada 13 september 2018 di dk R.

REFLEKSI KULIAH PERTAMA
    Kuliah ini sememangnya memberi pendedahan kepada saya tentang kursus morfologi ini. Perasaan saya berbelah bagi sama ada memilih morfologi atau fonologi, tetapi segala keterangan Dr. Norsofiah telah mengubah buah fikiran saya untuk berjuang menempuhi cabaran ini. Perasaan  saya amat keliru dan risau memikirkan jika saya tidak dapat membawa subjek ini dengan baik. Namun, saya faham tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita letakan usaha dan doa dalam segala urusan dunia ini. Dunia merupakan tempat kita bersusah payah kerana akhirat atau alam seterusnya merupakan tempat untuk kita berehat, petikan kata-kata Dr. Norsofiah ini memang membuka buah fikiran saya untuk terus mencuba dan tidak berputus asa. Pengajaran atau nilai yang dapat saya kongsikan pada kuliah ini ialah kita harus mencuba perkara yang baru walaupun ia susah namun selagi kita berusaha kita dapat dipermudahkan dengan izin-Nya. Sekian, terima kasih.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 8: MORFEM