KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

TUTORIAL 12-1 BT 6

      Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kepada ilahi, kita dipanjangkan umur untuk terus mempelajari ilmu-Nya. Tutorial kali ini, kita mempelajari ilmu tentang kata awalan dan akhiran Bahasa Zulu. Sebelum tutorial bermula pada hari isnin, kami dikehendaki untuk membuat latihan tentang akhiran dan awalan bahasa ini. Apabila, saya membaca soalan yang diberikan ia sememangnya  terkejut dikala terbaca tentang Bahasa Zulu ini. Bahasa Zulu merupakan salah satu bahasa kaum Afrika yang digunakan oleh masyarakat mereka. Soalan pertama merupakan soalan tentang awalan dan akhiran bagi kata nama bahasa Zulu.  Morfem awalan bagi Bahasa Zulu ialah um- manakala akhiran ialah -aba. Tetapi bahasa Zulu ada satu lagi akhiran -i. Contoh awalan ialah umfazi yang bermaksud dikahwini wanita. Um-  merupakan awalan dan fazi merupakan kata akarnya. Akhiran pula abafani yang bermaksud  lelaki-lelaki. -Aba merupakan akhiran dan fani merupakan kata akarnya. Apabila awalan dan akhiran diletakkan pada kata akar maka ia akan berubah maksud atau golongan kata. Hal ini dinamakan sebagai morfem derivasi. 
Kata dasar boleh menerima imbuhan(rujuk katamba). 
      Soalan 2 pula berkaitan tentang kata kerja Bahasa Zulu. Kata kerja bahasa ini dikesan dengan melihat akhiran -a. Contohnya, fundisa merupakan kata kerja yang telah mengalami derivasi daripada kata nama iaitu umfundisi. Um-fundisi bermaksud guru, jika um- digugurkan dan masukkan akhiran-a maka ia berubah golongan kata dan makna iaitu untuk mengajar. 
   Kesimpulannya, selain daripada bahasa melayu bahasa lain juga mengalami proses derivasi sebegini. Bahasa melayu sememangnya kaya dengan imbuhan dan majoritinya telah mengalami proses derivasi.

KULIAH SELASA 8AM-9AM

     Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Kuliah kali ini membicarakan tentang morfem derivasi. Kita sedia maklum bahawa morfem merupakan unit tatabahasa paling kecil yang mempunyai makna dan menpunyai fungsi tertentu. Morfem derivasi merupakan pembentukkan kata baru. Hal ini bermakna morfem derivasi boleh mengubah kelas kata baru atau mengubah makna atau tidak mengubah kelas kata tetapi mengubah makna. Penambahan imbuhan menyebabkan kata boleh diubah. Misalnya, nyanyi merupakan kata kerja namun apabila ia ditambahkan kata awalan pe- maka ia akan mengubah golongan kata dari kata kerja ke kata nama malah makna juga turut berubah. Selain itu, imbuhan yang berlainan mendukung makna yang sama disebabkan oleh imbuhan. Contohnya, persekolahan dan kerajaan.  Awalan per- dan ke-  dan akhiran -an memberi makna yang sama kepada pembentukkan kata tersebut. Nik Safiah Karim dan Asmah Hj Omar mempunyai perbezaan makna bagi akhiran -an bagi  kata lautan. Nik Safiah berkata beliau menjelaskan bahawa apabila laut ditambahkan -an maka ia bermakna laut itu luas atau besar. Tetapi Asmah pula berpendapat bahawa laut ditambahkan akhiran -an maka maknanya sama iaitu laut sama dengan lautan. Kesimpulannya, perbezaan pendapat antara dua tokoh ini sememangnya memberikan satu pendedahan kepada saya bahawa betapa hebatnya bahasa melayu itu sebenarnya. 

KULIAH KHAMIS 10AM-11AM

    Assalamulaikum dan salam sejahtera. Kini kita berada di akhir minggu ke enam bagi kuliah morfologi ini. Saya rasa tidak menyesal memasuki kelas ini. Kelas morfologi banyak membantu saya memahami bahawa bahasa melayu itu sangat unik. Bahasa Melayu mempunyai banyak imbuhan yang mempunyai fungsi tertentu. Hal ini bermakna bahasa Melayu sangat tertip dalam membentukkan sebuah kata. Kuliah hari ini, kami mempelajari tentang morfem infleksi. Morfem infleksi bererti morfem yang tidak mengalami perubahan makna atau kelas kata apabila ia ditambahkan imbuhan. Morfem ini dikaitkan dengan kategori bukan leksikal atau kata tertutup. kategori kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Manakal kata bukan leksikal pula terdiri daripada kata dereminer, kata bilangan, kata penguat, kata bantu, kaat preposisi dan kata komplimentari. Kesemua ini  merupakan kaedah untuk mengesan samada morfem infleksi memiliki imbuhannya sendiri. 
Muka surat 2

Muka surat 1
       Kesimpulannya, morfem infleksi memiliki satu sahaja imbuhan yang mendukung makna yang sama iaitu -nya. Akan tetapi imbuhan pinjaman seperti -i misalnya siswa dan siswi juga mendukung morfem infleksi.

Comments

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 8: MORFEM