KULIAH MINGGU 3: PRESKIPTIF DAN DESKRIPTIF

REFLEKSI KULIAH 1, SELASA, 8AM-9AM, BT 141

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari indah ini, kita diberi kesempatan untuk menghirup udara yang diberikan oleh-Nya. Kuliah pada hari ini, dimulakan dengan langkah kiri kerana saya tersalah masuk kelas sebanyak dua kali. Pada permulaan saya terkeliru diantara dewan kuliah R atau bilik tutorial, jadi saya memilih pergi ke dewan kuliah. Tiba di sana, saya melihat sekeliling tiada sesiapa lagi di dalam dewan kuliah tersebut. Oleh sebab itu, saya buka jadual dan melihatnya ternyata saya salah masuk ke kelas. Saya berpatah balik ke BT141 namun berlaku konflik dimana dalam jadual menyata tempatnya BT 145. Oleh hal demikian, majoriti berkata bahawa tempat di BT145 jadi kami segera bergerak ke BT 145. Tiba sahaja di sana, kami menerima mesej daripada Dr. bahawa kuliahnya di BT141. Saya merasakan kelakar kerana saya tersalah kelas dua kali dan saya juga menjadi punca kawan saya turut tersalah. 

    Kelas dimulakan dengan surah al-fatihah, segera kami membaca surah tersebut. Dr Sofiah menyatakan bahawa hasrat beliau untuk menguji kami tentang tajuk deskriptif dan preskriptif, oleh itu beliau telah sediakan kuiz untuk kami. Namun, apa kan daya disebabkan oleh data telefon yang lambat dan diluar talian telah menyebabkan saya tidak kesampaian untuk menyertai menjawab soalan-soalan daripada Dr. Setelah selesai kuiz tersebut Dr. menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan kami. Jadi, Dr. memberi kami tugasan baru iaitu kami perlu temu bual rakan kami namun rakan tersebut haruslah tidak bermajor atau berminorkan bahasa melayu. Soalan yang perlu kami ajukan haruslah tentang tajuk deskriptif dan preskriptif iaitu soalan tentang penggunaan tatabahasa. Hal ini bertujuan untuk mengkaji samada rakan kami ini, menggunakan ayat dengan peraturan  tatabahasa atau sebaliknya.

        Pada kuliah ini, saya agak kecewa kerana saya tidak dapat menjawab kuiz disebabkan oleh talian internet saya. Saya berharap di masa akan datang saya berpeluang menjawab kuiz tersebut.



REFLEKSI KULIAH 2  KHAMIS, 10AM-11AM, DK R

      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdullilah, kini sudah masuk minggu ketiga dan kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan mempelajari ilmu-Nya. Pada hari ini, syukur saya tidak lagi sesat masuk ke kelas lain seperti kejadian paad hari selasa lepas. Hari ini saya dapat datang awal kerana bas A sudah disediakan. Selama beberapa minggu, kami sebagai pelajar yang menetap di desa RST amat terkesan dengan ketiadaan bas A selama ini. Pelbagai suara atau isi hati pelajar diluahkan dalam Facebook USM confession, akhirnya pihak USM menyediakan semula bas A. Saya harap kelas atau kuliah selepas ini, saya dapat datang awal.

       Dalam kuliah kali ini, Dr Sofiah menerangkan semula kenapa kami perlu ambil subjek morfologi untuk subjek minor kami. Penerangan beliau sekali lagi mencorakkan pemikiran saya untuk mempelajari subjek ini. Kita sedia maklum, subjek morfologi amat penting untuk para guru yang bakal mengajar Bahasa Melayu untuk mereka memiliki ilmu tentang Bahasa Melayu. Ia serba sedikit dapat membantu kami sebagai guru untuk menerangkan dengan jelas kepada anak murid nanti. Tanpa disangkal lagi, suara Dr. yang menyampaikan tentang pentingnya morfologi kepada kami, jelas terbukti dengan kehadiran beberapa pelajar baru. Saya percaya jika saya tidak dapat "A" sekurang-kurangnya saya dapat ilmu yang diberi oleh Dr. Dr Sofiah meneruskan kuliah dengan menyuruh kami mengeluarkan sekeping kertas. Selepas itu, Dr. menyuruh kami untuk menulis dua soalan tentang deskriptif dan preskriptif. Saya menulis dua soalan, satu tentang deskriptif dan satu lagi tentang preskriptif.

       Setelah semua selesai menulis maka Dr. menyuruh kami untuk menukarkan soalan dengan rakan. Terus Dr. berkata silalah jawab soalan yang kamu tukar dengan rakan tersebut. Saya terus menjawab soalan rakan saya dan berharap dia faham jawapan yang saya tulis tersebut. Setelah semua selesai menjawab, kertas rakan  perlu diberikan kepadanya semula. Tetapi, nasib saya agak malang apabila kertas saya hilang semasa sesi tukar menukar tadi. Perasaan saya teruja untuk membaca jawapan namun tidak kesampaian.

      Akhirnya, kelas diakhiri dengan tugasan untuk mencari maklumat tentang morfologi. Kelas pada hari  ini ceria dan semua  berada dalam keadaan tenang. Saya juga merupakan ahli kelanasiswa USM dan saya memang faham perasaan Dr. apabila dipaksa untuk menyertai aktiviti jalan kaki. Pada sidang lepas kami terpaksa menyertai kem perjalanan 1000km menggunakan kenderaan awam. Sememangnya penat tetapi ia menyeronokkan apabila kita bersama-sama dengan rakan-rakan berjuang meyelesaikan misi yang diberikan. Akhir kata, tiada apa yang tersilap dalam perancangan-nya tetapi bagaimana kita meneruskan perancangan adalah kesilapan kita sendiri.#percayadengantakdir

Comments

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 8: MORFEM