KULIAH 2: MORFOLOGI-LINGUISTIK

Selasa, 8AM-9AM  BT 141

REFLEKSI KULIAH KEDUA

   Assalamualaikum dan salam sejahtera, ribuan terima kasih kepada Allah SWT kerana menguniarkan saya umur yang panjang untuk mempelajari ilmu-Nya. Pada kuliah kali ini, saya memperlajari tentang ilmu linguistik dan morfologi. Permulaan hari ini, kami diberi pendedahan tentang linguistik melalui kaedah pembelajaran menerusi internet. Perkara yang dapat saya fahami tentang linguistik ialah ia merupakan bidang  yang mengkaji bahasa secara saintifik dan sistematik. Ia juga dikaji melalui bentuk bahasa, makna bahasa dan konteks bahasa. Linguistik juga mengkaji bagaimana orang peroleh pengetahuan tentang bahasa dan pengetahuan berinteraksi dengan proses kognitif.

       Pada kuliah kali ini, kami diberi pendedahan tentang teknologi yang menghiburkan di samping ia juga bersifat ilmiah. Pertama kami bermain "quizlet" iaitu satu permainan melibatkan interaksi antara semua pemain. Permainan ini agat mengejutkan apabila ia secara rawak memilih pemain dan membentuk sebuah kumpulan. Saya diletakkan dalam pasukan penguin. Mungkin hal ini disebabkan oleh wajah saya yang comel bagaikan penguin. Tetapi, pasukan ini kalah disebabkan oleh kesalahfahaman antara pasukan.

     Seterusnya, Dr. Sufiah meneruskan dengan aktiviti "mentimeter". Mentimeter ini membenarkan kami untuk menulis apa-apa sahaja yang kami mahu mengikut soalan yang diajukan. Soalan pertama merupakan soalan tentang linguitik iaitu apa yang anda faham tentang linguistik?. Pada mulanya, saya agak kekok untuk bermain permainan ini kerana ia merupakan benda baru bagi saya. Namun, perggunaan teknologi seperti sememangnya menarik dan cepat memberi kefahaman untuk lebih memahami dengan jelas secara terperinci.

Khamis, 10AM-11AM, DK R

Refleksi kedua

     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kuliah kali ini, kami diajari oleh Dr. berkenaan tentang tajuk korpus. Korpus merupakan satu himpunan database tentang bahasa atau dalam Inggeris iaitu "Bank of English". Korpus ini bertujuan untuk membantu guru mahupun sesiapa yang ingin mempelajari ilmu bahasa untuk memudahkan mereka memahami sistem bahasa tersebut. Misalnya, kata kerja seperti berlari boleh diuji dengan menggunakan kata bantu iaitu "telah". Contoh ayat, Amir telah berlari ke rumah Sopiah. Ayat tersebut menunjukkan bahawa kata kerja boleh dijustifikasi dengan mencuba menggunakan kata bantu "telah".

   Selain itu, kami juga mempelajari tentang intuisi iaitu sesuatu yang berkaitan tentang LAD(Language acquisition device). LAD ini merupakan pemberolehan bahasa pertama atau penutur asal atau penutur natif. Hal ini demikian kerana sesetengah perkataan yang di anggap salah oleh kamus tidak semestinya salah dalam fahaman kita.

     Seterusnya, kami diberi tugasan dan pasukan dibentuk melalui permainan "quizlet". Tugasan kami ialah kami harus mencari sebuah novel popular dan scan masuk ke dalam dokuman pdf. Bagi kuliah pada hari ini, saya faham tentang tatabahasa bahasa melayu yang dianalisis oleh sesetengah ahli pengkaji tidak semestinya semua perkataan mereka itu betul. Tetapi, kita sebagai penutur natif memliki intuisi tentang bahasa tersebut samada ia boleh digunakan atau tidak.













Comments

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 8: MORFEM