TUTORIAL 1:PERSKRIPTIF DAN DESKRIPTIF
TUTORIAL 1, ISNIN, 12PM-1PM, BT6
Sebelum kami memasuki kelas tutorial ini, kami dikenhendaki untuk membuat tugasan tentang perskriptif dan deskriptif dalam bentuk infografik. Infografik ini merupakan satu aplikasi yang tidak pernah saya gunakan namun disebabkan oleh tugasan, saya dan rakan lain mempelajarinya tanpa ada tunjuk ajar daripada Dr. Kami dibentukkan dalam kumpulan berdasarkan tutorial. Kumpulan ini dipilih secara rawak oleh Dr. Pada permulaannya kami agak kekok untuk menggunakan infogarfik kerana ia tidak terlintas dalam minda kami untuk mempelajarinya. Tetapi kami tetap yakin untuk terus berusaha menyempurnakan tugasan ini. Syukur segala urusan kami dipermudahkan.
Pada tutorial pertama, saya menjangkakan bahawa kami akan membentangkan hasil kami melalui pembentangan secara kumpulan namun pendekatan Dr. Sofiah dengan hanya memilih telah membantu menjumatkan masa yang terluang. Apa yang saya pelajari dari tutor ini ialah erti atau maksud perskriptif dan deskriptif. Perskriptif merupakan satu pendekatan ayat yang tatabahasanya tidak boleh dilanggar dalam pembentukan sebuah ayat. Manakala deskriptif pula bermaksud tatabahasa yang tiada salah atau betul. Ia menerangkan kewujudan sesuatu perkataan berdasarkan penutur asalnya. Perskriptif berfungsi untuk menyeragamkan ayat supaya proses pembelajaran mudah difahami. Namun, deskriptif berfungsi menerangkan perkataan atau ayat yang salah kerana ia melanggar hukum tatabahasa walaupun ia sering digunapakai oleh penutur natif. Kemudian, kami
belajar tentang teori tatabahasa. Teori ini dibahagi kepada empat iaitu teori nahu tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif dan teori functional. Keempat-empat teori ini digunakan sebagai rujukan untuk menganalisis ayat atau perkataan.
Refleksi, saya agak terkejut dengan kelas tutorial ini kerana suasana pembelajaran yang ceria dan seronok. Hal ini saya nampak semua pelajar sangat gembira kaedah Dr. mengajar pada kali ini. Sejujurnya, tahun lepas kelas Dr. merupakan kelas yang paling saya risau dan takut untuk saya masuk. Namun, kali ini saya rasa tenang dan tidak lagi rasa sebegitu malah saya lebih suka kelas morfologi berbanding kelas lain.haha

Comments
Post a Comment