MINGGU 13: KATA GANDA

TUTORIAL 12PM-1PM, BT 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana setia membaca blog saya, alhamdullilah kita diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mempelajari ilmunya. Tutorial kali ini, kami diberi kuiz tentang kata ganda namun ia bukan kuiz yang biasa kerana jawapannya perlu dilukis. Sebelum itu, Dr telah menyatakan kepada kami bahawa hari isnin nanti kami akan ada kuiz tentang makna kata ganda. Hal ini bertujuan untuk memberi kami pendedahan awal tentang kata ganda sebelum kelas bermula. Saat Dr tiba dalam kelas, saya melihat Dr membawa beberapa keping kertas kosong bersama pen warna. Terlintas dalam fikiran saya iaitu adakah Dr hendak kami melukis. Ternyata ia benar, Dr mengatakan bahawa jawapan kami harus dilukis. Alhamdullilah selama 20 minit kami berjaya menyelesaikan tugasan tersebut. Kumpulan saya terdiri daripada tiga orang termasuk saya. Kmai berjaya melukis makna kata ganda dan membentangkannya. 


Kesimpulannya, kaedah kuiz ini merupakan satu idea yang kreatif yang harus dilaksanakan kerana kebarangkalian untuk ingat adalah tinggi. Jadi, idea Dr sangat menarik dan inshaa allah saya akan gunakan untuk murid-murid saya nanti.


SELASA, 8AM-9AM, DK J

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kuliah kali ini bertajuk kata ganda separa. Penggandaan separa merupakan proses morfologi yang menghasilkan kata dasar. Kata ganda separa hanya boleh dihasilkan dengan konsonan dihadapan ayat. Contohnya, kura menjadi kekura ia menunjukkan bahawa huruf pertama ayat haruslah konsonan. Jika ia bermula dengan huruf vokal, ia tidak akan menjadi ganda separa. Kata ganda dibentuk melalui teori autosegmental. Teori menyatakan kata ganda separa boleh diseparakan dengan syarat huruf pertama mesti huruf konsonan. Model pengulangan dan perhubungan melodi. Mengikut templet zaharani, beliau ada beberapa langkah yang perlu dilakukan dengan manggunakan kaedah automegmental. (Rujuk nota Dr) Kaedah ini mempunyai dua tingkat iaitu tingkat skeletal dan  tingkat melodi. 

Kesimpulannya, kelas ini memberi pendedahan kepada saya bahawa bahasa melayu amat unik untuk dipelajari. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu begitu indah dan mempunyai bahasa yang puitis. Bahasa Melayu wajar dipelajari kerana ia merupakan identiti kepada kita sebagai penutur jati. Dr Sofiah ada berpesan bahawa tulisan jawi juga merupakan identiti kita.  


KHAMIS, 10AM-11AM, DK R

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sebelum kuliah bermula, Dr Sofiah beritahu bahawa hari ini akan diadakan kuiz tentang makna kata ganda mengikut golongan kata. Dr meneruskan kuliah dengan kuiz, jadi semua pelajar diberi 20 minit untuk menjawab soalan yang diberikan. Setelah selesai kuiz tersebut, Dr teruskan dengan jawapan. Saya agak terkejut kerana Dr berkata kuiz tersebut mengikut buku tatabahasa tetapi jawapannya sebaliknya. Saya agak keliru dan pening dengan jawapan yang Dr berikan. 
     Seterusnya, Dr menjelaskan tentang kepentingan morfologi kepada kami sebagai bakal guru yang mengajar bahasa melayu nanti. Kata kerja merupakan aspek yang paling penting untuk dipelajari oleh kita. Hal ini demikian kerana tanpa kata kerja, ayat tidak boleh dibentukkan. Morfologi merupakan sistem bagi kata, sintaksis merupakan sistem bagi ayat dan fonologi merupakan sistem bunyi. Jadi, sebagai seorang guru Bahasa Melayu nanti wajib belajar morfologi dan sintaksis. Saya akan mempelajari morfologi sahaja kerana sintaksis amat susah untuk dipelajari. 
     Kesimpulannya, saya amat berharap untuk lulus dengan jaya untuk subjek morfologi ini kerana saya suka tentang sistem bahasa melayu kita. Bahasa Melayu banyak morfem derivasi yang rumit tetapi ia juga meruapkan keunikkan bahasa kita. TERUS MAJU,BAHASA MELAYU.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU 8: MORFEM