KULIAH MINGGU 12

SELASA, 8AM-9AM, DK J

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr sofiah dan kawan-kawan sekalian. Hari ini merupakan hari terakhir untuk kuliah tajuk morfologi. Pada hari ini, kami akan menjawab kuiz melalui kahoot. Akan tetapi, sebelum bermulanya kuiz tersebut. Tiba-tiba datangnya seorang lelaki masuk terus menuju ke arah Dr. Muka cuak semua orang jelas terpapar di muka. Seketika selepas itu, lelaki berkenaan menjelaskan bahawa kehadiran mereka adalah untuk berkempen. Sempena minggu pemilihan MPP, jelaslah kenapa begitu ramai manusia berlegar-legar masuk ke dewan kuliah. Setelah selesai mereka berkempen, Dr terus menyambung kuiz tersebut. Akhir sekali, seperti sebelum ini saya tetap dia boleh mencapai sepuluh terbaik dalam kuiz tersebut. Kesimpulannya, kuliah terakhir ini memberi gambaran kepada saya untuk meneruskan pembacaan saya tentang morfologi ini lagi.


KHAMIS, 10AM-11AM, DK R

       Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pertama kali ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon MPP yang bakal bertanding pada hari ini. Kuliah hari ini merupakan kuliah tentang penggandaan. Penggandaan ialah suatu proses pembentukkan kata yang baru dengan cara mengulangi morfem tersebut. Penggandaan akan membentuk kata baru seperti morfem derivasi juga. Penggandaan terbahagi kepada tiga iaitu seluruh kata, separa dan kata dasar. Penggandaan seluruh kata merupakan ungkapan seluruh kata dari kata akar ke kata dasar. Contohnya, rumah-rumah dan orang-orang. Orang itu bermakna makhluk yang hidup dan ada nyawa, akan tetapi apabila kata ini mengalami kata dasar kepada orang-orang. Ia berubah makna bermaksud patung berbentuk orang yang berfungsi menghalau burung di sawah. Selain itu, penggandaan kata dasar melibatkan kata akar yang akan menghasilkan bentuk dasar. Ia tidak melibatkan kata nama, tetapi berlaku pada golongan kata kerja dan kaat adjektif.Contohnya, menangis dan setinggi-tinggi. Akhir sekali, penggandaan separa melibatkan sebahagian sahaja kata akar. Kata yang bermula dengan kata depan konsonan. Contohnya, kekura dan beberapa. Kuliah ini juga memaparkan teori autosegmental model pengulangan dan perhubungan.(rujuk nota)
Kesimpulannya, penggandaan merupakan proses yang hampir sama dengan derivasi kerana ia boleh mengubah makna. 
      

Comments

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU 8: MORFEM