KULIAH TERAKHIR

REFLEKSI TERAKHIR

       Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Pejam celik mata, sudah empat belas minggu telah berlalu. Pelbagai detik indah, sedih, suka dan duka tercipta sepanjang saya belajar di kursus morfologi ini. Pada mulanya saya menganggap bahawa kursus morfologi bakal menjadi subjek yang saya tidak suka. Suatu ketika dahulu, saya semamangnya tidak suka akan bahasa Melayu kerana ia amat sukar untuk dipelajari. Saya juga tidak gemar untuk menulis karangan kerana saya tidak mempunyai kemahiran menulis karangan dengan baik. Setelah saya memasuki kursus ini, terdetik di hati  saya untuk meminati bidang penulisan. Walaupun, saya bukan hendak menjadi penulis tetapi menulis dapat mencurahkan apa-apa sahaja yang ada dalam pemikiran saya. Dr NorSofiah  terima kasih kerana mengajar dan melayan karenah saya sepanjang satu sem ini. Berat rasa di hati ini mengenangkan detik-detik kegembiraan belajar bersama Dr. Pada mulanya, saya anggap Dr seorang yang garang namun semua itu hanyalah satu bayangan dalam buah fikiran saya. Dr seorang yang ceria, tegas, berdedikasi, dan mahir menggunakan aplikasi jelas menyebabkan saya bangga kerana berpeluang belajar dengan Dr. Jika diberikan satu peluang untuk belajar bersama Dr inshaa allah saya tidak akan melepaskan peluang ini. Kuliah HMT223 banyak mengubah diri saya iaitu saya belajar bukan kerana manusia tetapi saya belajar adalah untuk diri saya. Dahulu, pemikiran saya hanya berfikir bahawa belajar adalah untuk mencapai akademik yang gah di depan mata orang. Hal ini sememangnya memberi impak kepada saya kerana saya tertekan untuk belajar. Akan tetapi kata-kata Dr sepanjang kuliah HMT 223 ini banyak mengubah pendirian saya untuk belajar kerana Allah dan diri sendiri. Hadiah yang paling indah bagi saya ialah persahabatan dan ilmu bersama-sama keluarga HMT 223. Kesimpulannya, saya sangat gembira dan tidak menyesal memilih morfologi kerana ia merupakan antara subjek yang menyeronokan bagi saya. TERIMA KASIH DR DAN KAWAN-KAWAN, KENANGAN KITA BERSAMA AKAN SAYA SIMPAN DI LEKSIKON SELAMANYA......
BERSAMA DR NORSOFIAH & RAJA HAKIMI

RAKAN SEPERJUANGAN 1

RAKAN SEPERJUANGAN 2

Comments

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU 8: MORFEM