KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF
KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF
TUTORIAL 1
TUTORIAL 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdullilah masih lagi Allah SWT berikan nyawa untuk saya mencari ilmu-Nya yang luas ini. Pada hari ini, tutorial dimulakan dengan analisis kertas jawapan minggu lepas. Pagi tadi, selepas kuliah geografi kami terus menuju ke bilik tutorial 6 untuk kelas morfologi ini. Apabila tiba di sana, Dr. Sofiah mulakan dengan pemberian semula kertas jawapan bersama dengan markah. Saya begitu terkejut dengan markah yang kami dapat iaitu hanya 25% daripada 100%. Pada masa itu, hati saya bagaikan berkecai dan amat sedih dengan keputusan sebegitu. Sememangnya, saya amat risau dengan diri saya kerana semakin lama saya semakin lemah. Oleh itu, saya bertekad untuk teruskan usaha membaiki diri sendiri. Tutorial ini memberikan saya satu pendedahan jangan sesekali memberi pilihan kepada Dr. Sofiah jika ingin mendapat markah. Pesanan khas daripada Dr. kepada kami.
Dalam tutorial ini, saya mempelajari bahawa imbuhan memainkan peranan yang penting. Hal ini demikian kerana Imbuhan mampu mengubah golongan kata. Contohnya, perkataan "ayak"merupakan kata kerja namun apabila ditambahkan awalan pen- ia telah menjadi kata nama. Akan tetapi ada juga imbuhan yang tidak mengubah golongan kata. Contohnya, "sekolah" ialah kata nama apabila ditambahkan apitan per- -an ia tetap kata nama iaitu persekolahan. Morfem yang mengubah golongan kata digelar sebagai morfem derivasi manakala morfem yang tidak mengubah makna digelar morfem infleksi. Selain itu, kata akar ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Ia boleh juga digelar sebagai morfem bebas dan menjadi inti untuk perkataan. Kata dasar pula merupakan kata yang menerima imbuhan. Contoh kata akar ialah ayak(pengayak) manakala contoh kata dasar pulak pembersih.

Kesimpulan, imbuhan mempunyai peranan dan fungsi yang besar bagi pembentukkan kata, oleh hal demikian kanak-kanak tidak dibenarkan untuk belajar sehingga mereka mencapai umur yang matang untuk belajar.
KULIAH SELASA, 8AM-9AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wahai para pembaca blog ini, apa khabar kawan-kawan dan tidak dilupakan juga Dr. Sofiah yang sedang membaca ini. Minggu ini merupakan minggu 5, alhamdullilah kita masih diberikan nyawa dan kesihatan untuk bersama-sama belajar. Kuliah kali ini dimulakan dengan keputusan kuiz pada hari isnin iaitu semalam. Tidak sampai 24 jam kelas tutorial berlalu Dr. telah memberikan kami tugasan kuiz tersebut. Walaupun, saya telah menjawab namun keputusan agak menghampakan. Saya rasa kecewa sedikit tetapi saya ingat pelanggi hadir selepas turunya hujan. Jangan sesekali berputus asa tetapi kuatkan diri kita untuk menghadapi semua rintangan ini. Kuliah minggu ini merupakan lanjutan kepada morfem sebelum mempelajari kuliah sebenar iaitu alomorf. Morfem ialah unit tatabahasa terkecil yang mempunyai makna dan menjalankan fungsi tertentu.Morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas pula dipecahkan kepada dua iaitu kelas terbuka dan kelas tertutup. Morfem kelas terbuka bermakna morfem yang boleh menerima ahli baru. Misalnya, kata kerja "lari" boleh menerima imbuhan ber- menjadi berlari. Maka kata kerja boleh menerima ahli baru untuk menjadi perkataan baru. Morfem tertutup pula merupakan morfem yang tidak boleh menerima ahli baru. Contohnya, kata hubung "yang" tidak boleh menerima imbuhan untuk membentuk perkataan baru.
Di samping itu, morfem terikat pula terbahagi kepada dua iaitu morfem derivasi dan morfem infleksi. Morfem derivasi ialah morfem yang mengubah golongan kata apabila ia diberikan imbuhan. Contohnya, makan merupakan kata kerja tetapi apabila ia ditambah konfik(apitan) pe-...-an ia akan berubah menjadi kata nama iaitu pemakanan. Akan tetapi morfem infleksi pula morfem yang tidak akan berubah golongan kata apabila ia ditambah imbuhan. Misalnya, bangunan ialah kata nama apabila ia ditambah konfiks(apitan) pem-...-an ia tetap menjadi kata nama iaitu pembangunan. Kesimpulannya, imbuhan memainkan peranan penting untuk menentukan jenis morfem.
Berbalik kepada tajuk kuliah minggu ini iaitu alomorf. Alomorf ialah kelaian bentuk bagi sesuatu morfem dan wujud disebabkan oleh huruf awal sesuatu kata dasar yang menerima imbuhan.(Ahmad khair, Raminah Sabran, Nawi Ismail, Ton Ibrahim). Menurut Nik sapiah dan kawan-kawan, mereka menyenaraikan enam alomorf dan beliau berkata penyebaran alomorf ditentukan oleh faktor fonologi iaitu jenis huruf pertama yang bercantum dengan awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa. Selain itu, kita sering kali terfikir bagaimana perkataan terbentuk oleh itu, jawapan ialah adanya leksem. Leksim merupakan sesuatu sistem yang berada di dalam leksikon dan ia membantu manusia mengeluarkan kefahaman tentang sesuatu kata. Jadi, sebenarnya manusia memerlukan leksikon dan leksim membantu manusia dalam memahami input di dalam leksikon tersebut.
Kesimpulan, "seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya namun hebat dalam tindakannya". Semoga segala ilmu yang saya dapat pada hari ini diberkati oleh yang maha esa. Saya harap segala ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Sofiah selalu saya ingat sampai mati.
KULIAH KHAMIS, 10AM-11AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah tiba ke penghujung bagi minggu kelima ini. Masa begitu singkat betul kata orang masa itu emas. Masa begitu berharga dan kita yang harus tentukan bagaimana untuk menggunakannya. Kuliah kali ini, merupakan kesinambungan bagi kuliah selasa lepas. Alhamdullilah, buku rujukan yang telah ditempah telahpun sampai. Terima kasih kepada Amira maisarah dan haziqah kerana membantu kami untuk menempah buku ini.
Lihatlah semua berwajah seri dengan kehadiran kitab tatabahsa kami ini. Dengan adanya buku ini diharapkan saya dapat fahami tatabahasa dengan baik nanti. Buku ini sememangnya memliki ilmu yang banyak kerana ianya agak berat. Jika dilemparkan buku tersebut kepada muka seseorang kemungkinan dia akan mengalami kecerderaan kelak. Kuliah hari ini kami mempelajari tentang morf dan fonem. Terlalu banyak perkara yang dipelajari oleh itu semuanya ada dalam rujukan buku tersebut. Secara ringkasnya, morf itu merupakan bentuk fizikal yang mewakili sesuatu morfem bagi sesuatu bahasa manakala fonem pula merupakan bentuk abstrak yang berada dalam leksikon. Contohnya, apabila anda terfikirkan perkataan melepaskan maka ia merupakan fonem namun apabila anda menulisnya di atas kertas maka ia digelar sebagai morf. Jika ingin memahami lebih lanjut perlu rujuk buku tatabahasa tersebut.
Alomorf- pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dengan kata lain, alomorf tidak lain dari morfem dalam penggunaanya yang sebenarnya. Sesuatu morfem itu, sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Misalnya, morfem awalan di- mempunyai satu alomorf manakala morfem me- mempunyai enam alomorf. Alomorf terbahagi kepada dua iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. Alomorf lingkungan dipecahkan kepada tiga iaitu alomorf lingkungan fonologi, alomorf lingkungan nahu dan alomorf lingkungan leksikal.(rujuk m/s 9 dan 10, Nahu melayu mutakhir). Alomorf bebas merupakan alomorf yang boleh menggantikan satu sama lain. Misalnya, penggunaan bahasa harian kita dengar orang mengucapkan tedaya atau terdaya menurut konteks bahasa yang digunakan samada formal atau tak formal.
Kesimpulannya, Pembelajaran hari ini agak mengelirukan tetapi diharapkan minggu depan saya cepat memahami semua ilmu daripada Dr.

Boleh bagitau saya buku tajuknya apa? Saya nak beli
ReplyDelete