KULIAH MINGGU 7 : VIDEO POWTOON TENTANG MORFEM
ISNIN-JUMAAT
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca. Saya harap kamu semua berada dalam keadaan sihat dan gembira. Pada minggu ke-7, kami diberi satu tugasan iaitu kami perlu membuat satu video tentang morfem merujuk kepada buku katamba dan boiij. Video tersebut perlu dihasilkan dengan menggunakan aplikasi powtoon. Aplikasi ini merupakan kali pertama saya gunakan sepanjang saya belajar. Pada permulaannya saya agak kekok untuk berjinak menggunakan aplikasi ini namun disebabkan oleh rakan sepasukan saya yang telah membantu bersama-sama menyiapkan tugasan ini. Di samping kami membuat video ini, Dr Sofiah memberi satu lagi tugasan iaitu kami perlu mengambil gambar bersua foto di hadapan blok huruf I LOVE USM di hadapan DTSP. Perancangan kami adalah dengan mengenakan pakaian bertemakan ungu kerana ia merupakan warna bagi USM. Alhamdullilah, segala perancangan kami dipermudahkan.
Gambar 1 dan 2 bersua muka kumpulan kami
Berbalik kepada pembikinan video, kami telah mengkaji dua buku iaitu buku katamba dan booij tentang morfem. Walaupun, kami telah membaca berulang kali akan tetapi ia agak sukar disebabkan oleh bahasa inggeris ia sememangnya menyukarkan. Oleh sebab itu, kami hanya membuat video ini berdasarkan kefahaman kami tentang morfem bahasa melayu dan kami rujuk kedua-dua buku tersebut. Syukur dengan berkat usaha dan kerjasama antara kami, kami berjaya menyiapkan video ini. Kesimpulan, kerjasama antara ahli pasukan merupakan kunci kepada kejayaan ini. Bak kata pepatah, "berat sama didukung ringan sama dijinjing" saya harap kami akan dirombakan kembali kerana ia telah mengeratkan hubungan kami bersama. Sekian Terima Kasih.
Comments
Post a Comment