KULIAH MINGGU 4: PENGENALAN MORFOLOGI

REFLEKSI KULIAH, SELASA,8AM-9AM, DK J

         Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah dan syukur kepada ilahi kita diberi peluang untuk mempelajari ilmu-Nya. Pada hari ini, kami mempelajari tentang morfologi. Akan tetapi, sebelum kuliah bermula Dr. telah memberi kami tugas iaitu kami perlu menjawab kuiz secara atas talian. Perasaan saya pada masa itu, agak terkejut namun saya teringat pesanan daripada  Dr. bahawa beliau boleh memberi tugasan kepada kami pada bila-bila masa sahaja. Secara tidak langsung saya rasa tenang dan berharap dapat menyempurnakan tugasan ini. Alhamdullilah, saya dapat menjawab tepat pada masa yang ditetapkan. Kuiz secara atas talian ini dilakukan melalui aplikasi Edpuzzle. Kami dikehendaki untuk menjawab kuiz melalui sebuah video yang disediakan. Video ini mempunyai isi atau ilmu berkaitan morfologi. Soalan pertama kuiz ini menanyakan tentang maksud morfologi dalam kamus tatabahasa dewan. Namun disebabkan saya tiada buku tersebut, saya terus menjawab dengan menggunkaan sumber daripada buku rujukan tatabahasa asas dan media internet untuk mencari maklumat. Tetapi, keputusannya  tetap salah kerana ia bukan daripada sumber yang diminta. Soalan kedua pula tentang kenapa morfologi dikatakan sebagai unit terkecil yang mempunyai makna. Kali ini jawapan saya diterima kerana kata kunci yang Dr. ingin ada dalam huraian saya. Soalan tiga dan empat pula saya menjawab jawapan salah. Untuk kuiz seterusnya saya akan cuba untuk mengurangkan kesalahan. Sebelum saya meneruskan lagi, jawpan soalan satu ialah morfem merupakan unit tatabahasa yang terkecil, mempunyai makna dan menjalankan fungsi gramtis atau kenahuan. Maksud fungsi dalam definasi itu ialah morfem(terikat) dapat mengubah gologan kata dengan penambahan imbuhan dihadapan atau dibelakang. Contohnya, lari merupakan kata kerja namun apabila ia ditambahkan imbuhan "pe" maka ia akan menjadi kata nama iaitu pelari.  


             Pada kuliah ini juga, saya mempelajari tentang leksikon iaitu sebuah alat dalam otak manusia yang membantu manusia untuk memperolehi bahasa. Leksikon ini dilihat melalui aktiviti pembelajaran manusia seperti menulis, membaca dan lain-lain. Kita pernah terfikir bagaimana kita dapat memahami bahasa dan tahu penggunaannya. Oleh itu, leksikon inilah membantu manusia mempelajari bahasa secara intuisi. Selain itu, saya juga dapat memahami konsep fonem. Fonem merupakan kata namun ia tidak memberi makna. 

           Kesimpulannya, kuliah pada hari ini dibanjiri oleh pelajar baru yang telah daftar dalam kuliah ini. Kuliah hari ini, kurang jelas daripada Dr. kerana Dr. tidak memberi penjelasan dengan terperinci kepada soalan ketiga tetapi jawapan satu dan dua amat memuaskan. Kuliah pada hari ini tidak menggunakan aplikasi yang selalunya dimainkan. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan kuliah tidak meriah seperti minggu lepas.


KULIAH 2, 10AM-11AM, DK R

         Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang sedang membaca blog saya. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang lanjutan kajian ke atas  morfologi. Sebelum kelas bermula, Dr Sofiah telah memberi tugasan kepada kami untuk menyiapkannya dan hantar selepas kelas. Tugasan ini sememangnya agak susah tambahanpula dengan masa yang singkat kami perlu siapkan. Syukur apabila Dr. mengarahkan kami untuk melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dilaksanakan dengan baik sekali. Antara tujuan pelaksanaan tugasan sebelum kuliah adalah untuk memberi pelajar membaca tentang morfologi. Justeru hal ini memudahkan Dr. menerangkan dengan lebih mendalam. Ia digelar sebagai "flib classroom". Pada hari ini, saya berniat untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu dalam kuliah morfologi ini. Morfologi  merupakan satu bidang yang mengkaji tentang kata. Ia juga merupakan bidang teknikal. Sebenarnya, bidang morfologi ini telah dikaji sebelum masihi lagi. Oleh itu, bidang ini sentiasa berkembang sehingga kini. Dahulu aliran tradisional telah menerima pengaruh falsafah di latin atau turkey. Mereka mengkaji tentang tatabahasa yunani yang  berpengaruh dilakukan oleh Protagoras. Beliau mengkaji tentang perbezaan antara kata nama dan kata kerja.(rujuk nota)

     Sebelum kami bersurai Dr. telah menyediakan kuiz tentang morfologi dengan menggunakan aplikasi Kahoot. Alhamdullilah, walaupun saya tidak menang tetapi saya telah mendapat tempat keempat. Dr juga berpesan segala nota yang diberi merupakan petunjuk untuk kami mengulangkaji dan membaca dengan lanjut.

        Refleksi kali ini, saya suka kata-kata Dr Sofiah, "kalau kita percaya belum tentu lagi kita yakin". Kata- kata ini menjelaskan bahawa kalau kita percaya kita harus yakin. Jadi, saya percaya dan yakin tentang subjek morfologi ini saya akan memperolehi ilmu. 

TUTORIAL 9AM-10AM, MAKMAL COMPUTER C20

        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah hari ini saya diberikan umur yang panjang mempelajari ilmu-Nya. Tutorial hari ini merupakan tutorial ganti untuk menggantikan tutorial pada isnin lepas. Hari ini kami mempelajari tentang cara menghasilkan google site. Dr Sofiah menjelaskan bahawa tujuan penghasilan google site ini adalah untuk memberi kelainan kepada kami supaya di masa depan kami mudah untuk menerangkan tentang semua hasil kerja kami semasa belajar. Walaupun rumit  untuk membuat google site tetapi saya rasa suka untuk mempelajarinya. Dr juga berpesan bahawa google site ini akan dihantar pada minggu ke 14 nanti. Pada hari isnin depan kami perlu menyiapkan segala hasil kerja sepanjang 4 minggu ini. Harapan saya ialah saya berharap agar segala ilmu yang Dr dan kawan- kawan berikan dapat saya gunakan di masa akan datang aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU 8: MORFEM