KULIAH MINGGU 10: MORFOLOGI

TUTORIAL ISNIN, 8AM-9AM BT 6

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Hari ini tutorial hmt 223 berjalan seperti  biasa, tiada pembatalan. Pada minggu ini, kami masih lagi mempelajari tentang morfologi. Sejujurnya, bab ini memang sukar untuk difahamkan dan agak keliru apabila membawa pelbagai buku sehingga saya tidak tahu nak aplikasikan yang mana satu.Namun, minggu lepas sejujurnya saya terlalu sibuk menyiapkan pelbagai tugasan hingga saya tidak sempat untuk membaca. Inshaa allah minggu depan saya akan mencuba  membaca semua yang Dr tugaskan untuk kami. Tutorial kali ini, kami ditugaskan untuk membuat kuiz tentang imbuhan. Hal ini telah menyebabkan saya tidak sedia untuk membuat latihan tersebut. Hasilnya, kami tidak dapat markah tinggi dalam kuiz tersebut. Oleh itu, Dr sofiah telah memberi satu lagi tugasan iaitu kami perlu lengkapkan kuiz tersebut. Tarikh penghantaran ialah pada jumaat ini persamaan 16 november 2018. Pada pendapat saya,  kuiz ini haruslah dilakukan semasa kuliah kerana kepadatan jadual waktu memberi kesukaran kepada kami untuk fokus. Kesimpulannya, tutorial tersebut berjaya namun markah kami tidak berjaya mencapai tahap piawaian Dr sendiri.


KULIAH SELASA, 8 AM - 9 AM, DK J

   Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Terlebih dahulu kita bersyukur kepada Ilahi kerana memberi kita umur yang panjang mempelajari ilmu-Nya. Kuliah kali ini, kami masih lagi mempalajari morfologi. Pada hari ini, kami mempelajari tentang bagaimana untuk mengenalpasti golongan kata. Kata nama boleh dikenalpasti dengan menguji menggunakan kata penentu. Misalnya,  "kereta" merupakan  kata nama perlu diuji dengan kata penentu "itu" menjadi kereta itu, Secara intuisi kita akan merasakan bahawa ayat tersebut ialah ayat yang betul. Untuk kata kerja pula, harus diuji dengan kata bantu. Contohnya, lari ialah kata kerja diuji dengan kata bantu boleh menjadi boleh lari. Kata adkjetif boleh diuji dengan meggunakan kata penguat. Contohnya, kuat ialah kata adjektif diuji dengan kata penguat sangat menjadi sangat kuat. Secara langsung intuisi kita akan merasakan bahawa ianya betul. Contoh kesalahan kata ialah kata nama diuji dengan kata penguat iaitu kereta(kata nama) sangat(kata penguat) menjadi sangat kereta. Ianya jelas menunjukkan bahawa jawapan itu salah. Intuisi kita sendiri akan memberi isyarat bahawa jawapan itu salah.
    Kaedah yang sesuai untuk menguji kelas kata sesuatu kata adalah melalui kriteria morfologi dan kriteria sintaksis. Kaedah morfologi merujuk kepada imbuhan dalam sesuatu kata. Kaedah akan memerihalkan kelas kata dengan melihat imbuhannya. Contohnya, imbuhan awalan pe- mendukung kelas kata nama seperti pelarian, pengalaman dan sebagainya. Sekiranya sebuah kata ada imbuhan awalan pe- bermakna ianya menjadi golongan kata nama walaupun kata akarnya kata kerja. Kaedah sintaksis merujuk kepada susunan kata dalam ayat. Kaedah ini menggunakan kaedah penggantian untuk mengenalpasti kelas kata.Contohnya, kereta itu merujuk kepada kata nama disebabkan oleh kata penentu itu. Jika kita gantikkan kereta kepada kata kerja lari menjadi lari itu. Maka, ayat tersedut salah. Ironiknya, kata nama, kata kerja dan kata adjektif memiliki kaedah tersendiri untuk diuji.

           Secara keseluruhannya, kelas kata boleh diuji melalui tiga kaedah iaitu semantik, morfologi dan sintaksis. Akan tetapi, Dr sofiah mensyorkan kami menggunakan  kaedah morfologi dan sintaksis. 


KULIAH KHAMIS, 10AM-11AM DK R

Assalamualaikum dan sejahtera kepada semua pembaca blog saya terutamnya Dr Sofiah. Syukur alhamdullilah kita masih diberikan peluang dan ruang untuk pelajari ilmu ini. Sebelum kuliah khamis bermula, kami ditugaskan untuk membuat padlet untuk digunakan pada pagi itu. Penggunaan pablet itu menjadi persoalan yang bermain dalam pemikiran kami. Pada pagi itu, kelas bermula pada 8:01am di DK R. Kelas dimulakan dengan surah Al-Fatihah. Pada permulaan kelas, Dr Sofiah memulakan kelas dengan nyanyian lagu gemuruh. Selepas nyanyian tersebut, kami mulakan dengan kuiz di mana kami diberikan 25 minit untuk menganalisis lirik gemuruh dan mengklasifikasikan dengan susunan kelas kata. Tanpa diduga kami tidak sempat menyiapkan tugasan tersebut dan terus menghantar di facebook. Setelah semua selesai menyiapkan tugasan itu, Dr Sofiah membuka satu padlet untuk menjelaskan tentang kelas kata. 
Nyanyian lagu Gemuruh
Kesimpulan, hari ini sememangnya menunjukkan bahawa tahap pemikiran kami masih tidak mencapai taraf yang membolehkan kami untuk mengubah topik lain. Oleh itu, Dr Sofiah berikan tugasan iaitu kami perlu membaca buku tatabahasa dan pada hari isnin ini kami ada kuiz. Doakan saya supaya dipermudahkan untuk belajar dan menjawab soalan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

KULIAH MINGGU 8: MORFEM