KULIAH MINGGU11: MORFOLOGI
TUTORIAL 12AM-1AM, PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT 1
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog ini. Hari ini merupakan hari di mana kami akan diberi satu ujian oleh Dr Sofiah. Dr Sofiah menjelaskan minggu lepas bahawa beliau kurang gembira dengan keputusan ujian lepas. Oleh sebab itu, kami diberi tiga hari untuk belajar dan pada hari isnin nanti akan ada satu lagi ujian. Tiga hari yang diberikan oleh Dr sememangnya amat singkat bagi saya. Hal ini demikian kerana pelbagai kerja yang diberikan oleh subjek-subjek lain memakan masa saya untuk belajar. Masa itu diibaratkan bagai air yang selalu jatuh tanpa henti. Sekali kita terlepas pandang kita akan hanyut dengan air itu. Alhamdullilah, walaupun dengan masa singkat itu saya dapat membaca semuanya. Akan tetapi tahap pemahaman saya masih kurang untuk memahamkan semuanya.
Kembali kepada hari ini, perasaan terkejut, risau dan tidak tenang jelas terpapar di wajah saya. Pada pukul 12am ia merupakan waktu di mana kami perlu menjalani ujian tersebut. Tetapi, perkara yang mengejutkan saya apabila Dr mengubah tempat ujian tersebut ke perpustakaan. Perkara ini lagi mencuakkan perasaan saya dengan pelbagai persepsi tentang ujian ini. Apabila saya memasuki perpustakaan tersebut, saya terus masuk ke ruang pameran. Tiba di sana saya nampak Dr Sofiah sedang membaca buku yang amat tebal. Saya terkejut dengan buku tersebut berbanding dengan ujian ini. Setelah semua pelajar datang ke sana, Dr terus memberi sedikit arahan tentang ujian ini. Dr memberitahu bahawa ujian ini merupakan ujian berkumpulan. Oleh itu, saya bergabung dengan rakan seperjuangan saya iaitu Raja Hakimi. Selama 50 minit diberikan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Alhamdullilan kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut tepat pada masanya.
PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT I
Kesimpulannya, saya memuji Dr Sofiah yang kreatif dalam mempelbagaikan ujian ini. Perkara yang saya pelajari ialah kita perlu teliti, fokus dan pantas untuk berfikir mencari jawapan.
KULIAH 11, KHAMIS, 10AM-11AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr dan semua pembaca blog ini. Pada hari ini, kami telah belajar tentang pengenalpastian kelas kata. Pengenalpastian kelas kata boleh dikelaskan dengan menggunakan dua kaedah utama iaitu morfologi dan sintaksis. Pertama, kaedah morfologi berdasarkan bentuk kata misalnya kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, afiks pe- + kata akar menunjukkan kelas kata nama. Kedua, kaedah sintaksis berdasarkan penggantian iaitu kata tertentu hanya boleh digantikan dengan ahli kelas yang sama. Contohnya, rumah itu atau kerusi itu menunjukkan kata nama "rumah" boleh dikenalpasti dengan menggabungkan dengan kata penentu" itu". Tetapi, jika kata nama "rumah" digantikan kata kerja "makan" menjadi makan itu. Maka ia sememangnya salah.
Kaedah ini juga mempunyai kelemahan sendiri misalnya kaedah morfologi tidak boleh digunakan kepada semua bahasa. Hal ini demikian kerana bahasa-bahasa di dunia tidak semua mempunyai sistem afiks seperti bahasa cina dan vietnam. Selain itu, ada juga imbuhan yang tidak membantu dalam mengenalpasti kelas kata misalnya bahasa cina. Oleh itu, kaedah sintaksis merupakan kaedah yang paling sesuai dan mudah untuk mengenalpasti kelas kata bagi sesuatu kata.
Kata nama boleh dikenalpasti dengan menggunakan lima kaedah iaitu penentuan, keserasian, bilangan, kepunyaan dan penjodoh bilangan. Pertama, kaedah penentuan merujuk kepada kata determiner atau penentuan "itu" dan "ini". Misalnya bola itu, rumah ini(BM), the paper dan whichcat(BI). Kaedah keserasian pula merujuk kepada afiks se- misalnya dia serumah dengan saya. Apabila menggunakan afiks se- + rumah perlu ada dua kata ganti nama iaitu dia dan saya. Contoh lain, kami serumah tidak perlu masukkan dia kerana ia telah mendukung makna dia. Kaedah bilangan pula diungkapkan dengan menggunakan kata bilangan. Contohnya, sebelas rumah, semua rumah dan seluruh rumah. Kaedah kepunyaan diungkapkan oleh -nya. Misalnya, rumahnya dan bajunya. Akhir sekali, kaedah penjodoh bilangan diungkapkan dengan menggunakan penjodoh bilangan misalnya sebuah kereta dan setandan pisang.
Kata kerja merupakan golongan kata yang paling penting berbanding yang lain. Hal ini demikian kerana kata kerja berfungsi menceritakan apa yang yang berlaku dalam sebuah ayat. Dua konsep yang digunakan untuk mengenalpasti kata kerja ialah konsep waktu dan konsep suasana. Konsep waktu diungkapkan dengan kata bantu(masa) iaitu telah, sedang dan akan. Contohnya, mereka sudah berbaik. Selain itu, konsep situasi diungkapkan oleh kata modalitas iaitu hendak, mahu dan perlu. Contohnya, saya hendak tidur dan dia perlu datang semalam. Setiap prediket kata kerja mempunyai argumen. Argumen ialah unsur atau elemen yang wajib hadir bersama dalam sesuatu ayat dan diperlukan kata kerja. kata kerja tak transitif memerlukan satu argumen. Contohnya, abang tidur. Manakala, kata kerja ekatransitif memerlukan dua argumen misalnya adik membaca buku. Selain itu, kata kerja dwitransitif memerlukan tiga argumen misalnya, ahmad membelikan abu baju.
Kata adjektif pulak boleh dikenalpasti dengan menggunakan tiga darjah iaitu darjah kesangatan, kepalingan dan keagungan. Darjah kesangatan boleh diungkapkan dengan menggunakan "sangat" misalnya dia sangat cantik. Darjah kepalingan pula diungkapkan dengan menggunakan "paling" misalnya dia paling pandai. Akhir sekali, darjah keagungan diungkapkan dengan menggunakan "maha" misalnya maha kaya.
Kata preposisi berasiosasi dengan kata nama misalnya tentang, seperti, untuk dan pada(komplemen). Contohnya, tentang masalah negara, seperti rusa dan untuk anak-anak yatim. Kata adverba berfungsi sebagai adjung iaitu ada atau tidak ada ia tetap gramatis. Digunakan pada awal dan akhir ayat. Contohnya, sana, sini, tadi dan sekarang.

Comments
Post a Comment