Posts

Showing posts from November, 2018

KULIAH MINGGU11: MORFOLOGI

Image
TUTORIAL 12AM-1AM, PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT 1 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog ini. Hari ini merupakan hari di mana kami akan diberi satu ujian oleh Dr Sofiah. Dr Sofiah menjelaskan minggu lepas bahawa beliau kurang gembira dengan keputusan ujian lepas. Oleh sebab itu, kami diberi tiga hari untuk belajar dan pada hari isnin nanti akan ada satu lagi ujian. Tiga hari yang diberikan oleh Dr sememangnya amat singkat bagi saya. Hal ini demikian kerana pelbagai kerja yang diberikan oleh subjek-subjek lain memakan masa saya untuk belajar. Masa itu diibaratkan bagai air yang selalu jatuh tanpa henti. Sekali kita terlepas pandang kita akan hanyut dengan air itu. Alhamdullilah, walaupun dengan masa singkat itu saya dapat membaca semuanya. Akan tetapi tahap pemahaman saya masih kurang untuk memahamkan semuanya.  Kembali kepada hari ini, perasaan terkejut, risau dan tidak tenang jelas terpapar di wajah saya. Pada pukul 12am ia merupakan waktu di mana kami per...

KULIAH MINGGU 10: MORFOLOGI

Image
TUTORIAL ISNIN, 8AM-9AM BT 6    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Hari ini tutorial hmt 223 berjalan seperti  biasa, tiada pembatalan. Pada minggu ini, kami masih lagi mempelajari tentang morfologi. Sejujurnya, bab ini memang sukar untuk difahamkan dan agak keliru apabila membawa pelbagai buku sehingga saya tidak tahu nak aplikasikan yang mana satu.Namun, minggu lepas sejujurnya saya terlalu sibuk menyiapkan pelbagai tugasan hingga saya tidak sempat untuk membaca. Inshaa allah minggu depan saya akan mencuba  membaca semua yang Dr tugaskan untuk kami. Tutorial kali ini, kami ditugaskan untuk membuat kuiz tentang imbuhan. Hal ini telah menyebabkan saya tidak sedia untuk membuat latihan tersebut. Hasilnya, kami tidak dapat markah tinggi dalam kuiz tersebut. Oleh itu, Dr sofiah telah memberi satu lagi tugasan iaitu kami perlu lengkapkan kuiz tersebut. Tarikh penghantaran ialah pada jumaat ini persamaan 16 november 2018. Pada pendapat ...

KULIAH MINGGU 8: MORFEM

Image
SELASA, 8AM-9AM, DK J Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Minggu ini seperti biasa kuliah berjalan seperti sedia kala. Minggu lepas, kelas HMT 223 semua dibatalkan namun minggu semua sudah kembali seperti biasa. Pada hari ini, kuliah masih ditajuk morfem infleksi akan tetapi kali ini Dr. meminta kami untuk sediakan soalan sebelum kelas bermula. Dr telah menyiarkan aplikasi mentimeter di Facebook pada hari ahad dengan menyatakan bahawa kami boleh menanyakan segalanya tentang morfem yang kami tidak faham. Sebenarnya, skop morfem memang besar dan luas untuk dikaji. Oleh hal demkian, pelbagai soalan yang diajukan oleh para pelajar adalah untuk memahami lebih terperinci tentang morfem ini. Pada pagi selasa itu, kami mulakan kelas dengan permainan quizlet. Quizlet ini menanayakan soalan tentang morfem. Seperti biasa saya masih tidak dapat memenangi permaian ini tetapi, nilai yang saya dapat ialah kita perlu bekerjasama untuk menolong antara satu sama lain. Setelah qui...