Posts

Showing posts from October, 2018

KULIAH MINGGU 7 : VIDEO POWTOON TENTANG MORFEM

Image
ISNIN-JUMAAT Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca. Saya harap kamu semua berada dalam keadaan sihat dan gembira. Pada minggu ke-7, kami diberi satu tugasan iaitu kami perlu membuat satu video tentang morfem merujuk kepada buku katamba dan boiij. Video tersebut perlu dihasilkan dengan menggunakan aplikasi powtoon. Aplikasi ini merupakan kali pertama saya gunakan sepanjang saya belajar. Pada permulaannya saya agak kekok untuk berjinak menggunakan aplikasi ini namun disebabkan oleh rakan sepasukan saya yang telah membantu bersama-sama menyiapkan tugasan ini. Di samping kami membuat video ini, Dr Sofiah memberi satu lagi tugasan iaitu kami perlu mengambil gambar bersua foto di hadapan blok huruf I LOVE USM di hadapan DTSP. Perancangan kami adalah dengan mengenakan pakaian bertemakan ungu kerana ia merupakan warna bagi USM. Alhamdullilah, segala perancangan kami dipermudahkan. Gambar 1 dan 2 bersua muka kumpulan kami Berbalik kepada pembikinan video, kami tela...

KULIAH MINGGU 6: DERIVASI DAN INFLEKSI

Image
TUTORIAL 12-1 BT 6       Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kepada ilahi, kita dipanjangkan umur untuk terus mempelajari ilmu-Nya. Tutorial kali ini, kita mempelajari ilmu tentang kata awalan dan akhiran Bahasa Zulu. Sebelum tutorial bermula pada hari isnin, kami dikehendaki untuk membuat latihan tentang akhiran dan awalan bahasa ini. Apabila, saya membaca soalan yang diberikan ia sememangnya  terkejut dikala terbaca tentang Bahasa Zulu ini. Bahasa Zulu merupakan salah satu bahasa kaum Afrika yang digunakan oleh masyarakat mereka. Soalan pertama merupakan soalan tentang awalan dan akhiran bagi kata nama bahasa Zulu.  Morfem awalan bagi Bahasa Zulu ialah um- manakala akhiran ialah -aba. Tetapi bahasa Zulu ada satu lagi akhiran -i. Contoh awalan ialah umfazi yang bermaksud dikahwini wanita. Um-  merupakan awalan dan fazi merupakan kata akarnya. Akhiran pula abafani yang bermaksud  lelaki-lelaki. -Aba merupakan akhiran dan fani merupakan k...

KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF

Image
KULIAH MINGGU KE 5: PENGENALAN ALOMORF TUTORIAL 1        Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdullilah masih lagi Allah SWT berikan nyawa untuk saya mencari ilmu-Nya yang luas ini. Pada hari ini, tutorial dimulakan dengan analisis kertas jawapan minggu lepas. Pagi tadi, selepas kuliah geografi kami terus menuju ke bilik tutorial 6 untuk kelas morfologi ini. Apabila tiba di sana, Dr. Sofiah mulakan dengan pemberian semula kertas jawapan bersama dengan markah. Saya begitu terkejut dengan markah yang kami dapat iaitu hanya 25% daripada 100%. Pada masa itu, hati saya bagaikan berkecai dan amat sedih dengan keputusan sebegitu. Sememangnya, saya amat risau dengan diri saya kerana semakin lama saya semakin lemah. Oleh itu, saya bertekad untuk teruskan usaha membaiki diri sendiri.  Tutorial ini memberikan saya satu pendedahan jangan sesekali memberi pilihan kepada Dr. Sofiah jika ingin mendapat markah. Pesanan khas daripada Dr. kepada kami.     ...

KULIAH MINGGU 4: PENGENALAN MORFOLOGI

REFLEKSI KULIAH, SELASA,8AM-9AM, DK J          Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah dan syukur kepada ilahi kita diberi peluang untuk mempelajari ilmu-Nya. Pada hari ini, kami mempelajari tentang morfologi. Akan tetapi, sebelum kuliah bermula Dr. telah memberi kami tugas iaitu kami perlu menjawab kuiz secara atas talian. Perasaan saya pada masa itu, agak terkejut namun saya teringat pesanan daripada  Dr. bahawa beliau boleh memberi tugasan kepada kami pada bila-bila masa sahaja. Secara tidak langsung saya rasa tenang dan berharap dapat menyempurnakan tugasan ini. Alhamdullilah, saya dapat menjawab tepat pada masa yang ditetapkan. Kuiz secara atas talian ini dilakukan melalui aplikasi Edpuzzle. Kami dikehendaki untuk menjawab kuiz melalui sebuah video yang disediakan. Video ini mempunyai isi atau ilmu berkaitan morfologi. Soalan pertama kuiz ini menanyakan tentang maksud morfologi dalam kamus tatabahasa dewan. Namun disebabkan saya tiada buk...