Posts

Showing posts from September, 2018

KULIAH MINGGU 3: PRESKIPTIF DAN DESKRIPTIF

REFLEKSI KULIAH 1, SELASA, 8AM-9AM, BT 141     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari indah ini, kita diberi kesempatan untuk menghirup udara yang diberikan oleh-Nya. Kuliah pada hari ini, dimulakan dengan langkah kiri kerana saya tersalah masuk kelas sebanyak dua kali. Pada permulaan saya terkeliru diantara dewan kuliah R atau bilik tutorial, jadi saya memilih pergi ke dewan kuliah. Tiba di sana, saya melihat sekeliling tiada sesiapa lagi di dalam dewan kuliah tersebut. Oleh sebab itu, saya buka jadual dan melihatnya ternyata saya salah masuk ke kelas. Saya berpatah balik ke BT141 namun berlaku konflik dimana dalam jadual menyata tempatnya BT 145. Oleh hal demikian, majoriti berkata bahawa tempat di BT145 jadi kami segera bergerak ke BT 145. Tiba sahaja di sana, kami menerima mesej daripada Dr. bahawa kuliahnya di BT141. Saya merasakan kelakar kerana saya tersalah kelas dua kali dan saya juga menjadi punca kawan saya turut tersalah.      Kelas di...

TUTORIAL 1:PERSKRIPTIF DAN DESKRIPTIF

TUTORIAL 1, ISNIN, 12PM-1PM, BT6      Sebelum kami memasuki kelas tutorial ini, kami dikenhendaki untuk membuat tugasan tentang perskriptif dan deskriptif dalam bentuk infografik. Infografik ini merupakan satu aplikasi yang tidak pernah saya gunakan namun disebabkan oleh tugasan, saya dan rakan lain mempelajarinya tanpa ada tunjuk ajar daripada Dr. Kami dibentukkan dalam kumpulan berdasarkan tutorial. Kumpulan ini dipilih secara rawak oleh Dr. Pada permulaannya kami agak kekok untuk menggunakan infogarfik kerana ia tidak terlintas dalam minda kami untuk mempelajarinya. Tetapi kami tetap yakin untuk terus berusaha menyempurnakan tugasan ini. Syukur segala urusan kami dipermudahkan.       Pada tutorial pertama, saya menjangkakan bahawa kami akan membentangkan hasil kami melalui pembentangan secara kumpulan namun pendekatan Dr. Sofiah  dengan hanya memilih telah membantu menjumatkan masa yang terluang. Apa yang saya pelajari dari tutor ini ialah ert...

KULIAH 2: MORFOLOGI-LINGUISTIK

Image
Selasa , 8AM-9AM  BT 141 REFLEKSI KULIAH KEDUA    Assalamualaikum dan salam sejahtera, ribuan terima kasih kepada Allah SWT kerana menguniarkan saya umur yang panjang untuk mempelajari ilmu-Nya. Pada kuliah kali ini, saya memperlajari tentang ilmu linguistik dan morfologi. Permulaan hari ini, kami diberi pendedahan tentang linguistik melalui kaedah pembelajaran menerusi internet. Perkara yang dapat saya fahami tentang linguistik ialah ia merupakan bidang  yang mengkaji bahasa secara saintifik dan sistematik. Ia juga dikaji melalui bentuk bahasa, makna bahasa dan konteks bahasa. Linguistik juga mengkaji bagaimana orang peroleh pengetahuan tentang bahasa dan pengetahuan berinteraksi dengan proses kognitif.        Pada kuliah kali ini, kami diberi pendedahan tentang teknologi yang menghiburkan di samping ia juga bersifat ilmiah. Pertama kami bermain "quizlet" iaitu satu permainan melibatkan interaksi antara semua pemain. Permainan ini agat men...

HMT223 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Image
Kuliah HMT223 sesi 2018/2019 pada 13 september 2018 di dk R. REFLEKSI KULIAH PERTAMA     Kuliah ini sememangnya memberi pendedahan kepada saya tentang kursus morfologi ini. Perasaan saya berbelah bagi sama ada memilih morfologi atau fonologi, tetapi segala keterangan Dr. Norsofiah telah mengubah buah fikiran saya untuk berjuang menempuhi cabaran ini. Perasaan  saya amat keliru dan risau memikirkan jika saya tidak dapat membawa subjek ini dengan baik. Namun, saya faham tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita letakan usaha dan doa dalam segala urusan dunia ini. Dunia merupakan tempat kita bersusah payah kerana akhirat atau alam seterusnya merupakan tempat untuk kita berehat, petikan kata-kata Dr. Norsofiah ini memang membuka buah fikiran saya untuk terus mencuba dan tidak berputus asa. Pengajaran atau nilai yang dapat saya kongsikan pada kuliah ini ialah kita harus mencuba perkara yang baru walaupun ia susah namun selagi kita berusaha kita dapat dipermudahkan de...