Posts

Showing posts from December, 2018

KULIAH TERAKHIR

Image
REFLEKSI TERAKHIR        Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Pejam celik mata, sudah empat belas minggu telah berlalu. Pelbagai detik indah, sedih, suka dan duka tercipta sepanjang saya belajar di kursus morfologi ini. Pada mulanya saya menganggap bahawa kursus morfologi bakal menjadi subjek yang saya tidak suka. Suatu ketika dahulu, saya semamangnya tidak suka akan bahasa Melayu kerana ia amat sukar untuk dipelajari. Saya juga tidak gemar untuk menulis karangan kerana saya tidak mempunyai kemahiran menulis karangan dengan baik. Setelah saya memasuki kursus ini, terdetik di hati  saya untuk meminati bidang penulisan. Walaupun, saya bukan hendak menjadi penulis tetapi menulis dapat mencurahkan apa-apa sahaja yang ada dalam pemikiran saya. Dr NorSofiah  terima kasih kerana mengajar dan melayan karenah saya sepanjang satu sem ini. Berat rasa di hati ini mengenangkan detik-detik kegembiraan belajar bersama Dr. Pada mulanya, saya anggap Dr...

MINGGU 13: KATA GANDA

Image
TUTORIAL 12PM-1PM, BT 6 Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana setia membaca blog saya, alhamdullilah kita diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mempelajari ilmunya. Tutorial kali ini, kami diberi kuiz tentang kata ganda namun ia bukan kuiz yang biasa kerana jawapannya perlu dilukis. Sebelum itu, Dr telah menyatakan kepada kami bahawa hari isnin nanti kami akan ada kuiz tentang makna kata ganda. Hal ini bertujuan untuk memberi kami pendedahan awal tentang kata ganda sebelum kelas bermula. Saat Dr tiba dalam kelas, saya melihat Dr membawa beberapa keping kertas kosong bersama pen warna. Terlintas dalam fikiran saya iaitu adakah Dr hendak kami melukis. Ternyata ia benar, Dr mengatakan bahawa jawapan kami harus dilukis. Alhamdullilah selama 20 minit kami berjaya menyelesaikan tugasan tersebut. Kumpulan saya terdiri daripada tiga orang termasuk saya. Kmai berjaya melukis makna kata ganda dan membentangkannya.  Kesim...

KULIAH MINGGU 12

Image
SELASA, 8AM-9AM, DK J     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr sofiah dan kawan-kawan sekalian. Hari ini merupakan hari terakhir untuk kuliah tajuk morfologi. Pada hari ini, kami akan menjawab kuiz melalui kahoot. Akan tetapi, sebelum bermulanya kuiz tersebut. Tiba-tiba datangnya seorang lelaki masuk terus menuju ke arah Dr. Muka cuak semua orang jelas terpapar di muka. Seketika selepas itu, lelaki berkenaan menjelaskan bahawa kehadiran mereka adalah untuk berkempen. Sempena minggu pemilihan MPP, jelaslah kenapa begitu ramai manusia berlegar-legar masuk ke dewan kuliah. Setelah selesai mereka berkempen, Dr terus menyambung kuiz tersebut. Akhir sekali, seperti sebelum ini saya tetap dia boleh mencapai sepuluh terbaik dalam kuiz tersebut. Kesimpulannya, kuliah terakhir ini memberi gambaran kepada saya untuk meneruskan pembacaan saya tentang morfologi ini lagi. KHAMIS, 10AM-11AM, DK R        Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada se...